Friday, November 5, 2010

Abah.....

Setiap yang bernyawa pasti akan mati...
Tanggal 19/10/2010 melakar satu catatan sejarah kerana abah yang dikasihi sudah kembali menemui Ilahi...
Setelah hampir 3 tahun lebih diberi ujian penyakit buah pinggang, Abah akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir di hospital Miri.
kalau menurut perasaan ini, mahu sahaja menangis setiap  hari teringatkan abah. tapi, atas sandaran Iman,  dan suntikan semangat aqidah, ditabahkan juga hati ini kerana semuanya sudah diatur Allah sedari Luh Mahfuz lagi..

Ya Allah..
ampunkanlah dosa abahku,
Lapangkanlah kuburnya,
masukkanlah abahku ke dalam syurgamu..




Monday, October 18, 2010

ADUH!!!!


 ADUH!!! ADOII!!! ALAMAK....... ISH.......

Demikianlah beberapa versi keluhan manusia bilamana ditimpakan ujian...  Perasaan sedih, tidak tenang, kecewa, tertekan bercampur baur...

Tapi itulah manusia.. lemah, mudah menurut nafsu dan aqal yang pendek. Apapun semoga kita bersabar kerana...

SAKIT DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA

Memang sudah menjadi fitrah kehidupan manusia, jika tidak sihat maka dirinya sakit. Sebaliknya pula jika tidak sakit maka dirinya sihat. Tetapi kedua-duanya adalah merupakan nikmat daripada allah S.W.T. Sihat adalah merupakan nikmat. Sakit juga merupakan nikmat, sebab dengan sakit itu dapat menghapuskan dosa dengan syarat hendaklah sabar dan redha atas ketentuan yang Allah berikan padanya.

            Diceritakan daripada Syaddad bin Aus dan Shu Nabihi, semoga Allah meredhai keduanya. Satu hari keduanya telah pergi melawat seorang lelaki yang sedang sakit, lalu keduanya bertanya pada lelaki tersebut : "Bagaimana keadaanmu pada pagi hari ini ?"

            Lelaki itu menjawab : "Pada pagi ini aku berada dalam penuh kenikmatan."

            Maka berkata pula Syaddad padanya : "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang dapat menghapuskan dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasullullah S.A.W. bersabda " Sesungguhnya Allah Azza Wajalla berfirman : " Apabila Aku menguji seseorang daripada hamba-hambaKu disebabkan ujianKu itu, maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat tidurnya seperti semasa dia dilahirkan  oleh ibunya, bersih daripada segala kesalahan. "Dan Tuhan Tabaraka Wa Ta’ala berfirman pada hambaKu itu dan mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika dia dalam keadaan sihat."

ZAMAN PERSEKOLAHAN.....




Tatkala saya mula dimasukkan ke sekolah berasrama, hampir setiap hari saya akan membuat panggilan telefon lantaran merindui bonda tersayang. Dan setelah berpindah ke sekolah yang sedikit hampir dengan rumah, barulah pudar sifat kemanjaan itu. Di waktu tersebutlah banyak kenangan, ilmu dan pengalaman yang ditimba.

KENANGAN
Terlampau banyak kenangan terindah yang terpahat utuh di hati ini. Dikelilingi sahabat seperjuangan yang banyak membantu, mengajar, berkongsi kisah suka dan duka.... Tidak dilupa guru-guru terutamanya warden-warden yang begitu banyak memberi tunjuk-ajar disamping memberikan kepercayaan yang mapan di dalam menjadi pemimpin kepada adik-adik.

ILMU
Sewaktu di zaman inilah, banyak ilmu-ilmu yang ditimba sebnyaknya. Ilmu kerohanian,ilmu akademik dan banyak ilmu yang bermanfaat dapat dinikmati di ketika ini. Meskipun bukanlah tergolong dalam golongan TOP 10, namun mentaliti hidup bermasyarakat barjaya disuburkan dalam diri. Sifat mengutaman kepentingan masyarakat lebih dari diri sendiri berjaya menyuburkan semangat kasih-sayang yang cukup tinggi. Setiap kali kemasukkan adik-adik baru di sekolah, hati ini diruntun pearasaan mahu menjaga, mendidik dan membentuk mereka menjadi insan yang terbaik! Rutin harian yang telah dijadualkan membina kematangan para pelajar. Alhamdulillah...

PENGALAMAN
Pengalaman adalah antara ilmu yang perlu kita rasai dan alami. Dari situlah kita dapat mencipta kompas yang akan memandu arah kehidupan kita. Menjadi ketua pengawas, imam, pencuci tandas,pengerusi majlis, pengutip sampah dan pelbagai lagi 'pekerjaan' yang sempat diikuti menjadikan diri seorang makhluk Allah yang kenal siapa Penciptanya. Yang paling sayu bila diingatkan tatkala terdengarnya laungan azan, tapak kaki terus pantas melangkah bagi menunaikan solat secara berjamaah. Tidak ketinggalan, solat-solat sunat rawatib yang mengiringi..Sekarang, kehidupan sudah berubah. Semuanya terletak atas kemahuan sendiri... "Aku nak aku buat. Aku xmau buat aku punya suka"...

Ya Allah.. Sesungguhnya hambamu ini lemah.. Pasang surut imanku umpama lautan... Kejap naik dan banyak yang turun.. Aku tidak tahu bila ajalku kan tiba... Semoga hidayahmu senantiasa membaluti diriku ini.. Amin Ya Allah.

Friday, October 15, 2010

AKU RINDU PADAMU...

Aku rindu padamu..
Aku menyayangimu...
Aku mengingatimu..
Aku ingin sentiasa disisimu..
Aku ingin berjumpa denganmu...

Tapi....
Engkau telah tiada...
Engkau sudah 'di sana'.....
Engkau hanya tinggalkan perwaris di dunia yang fana.. ...

Namun...
Aku malu padamu..
Aku lemah meruntun nafsu..
Aku leka dari mengingatimu..
Aku kaku bila menghitung cukupkah amalanku..
Aku lesu bila mengukur dangkalnya imanku...

Ya Rasulullah...
Aku pohon syafa'atMu..
Aku pohon moga ditempatkan bersamamu..
Aku benar-benar rindu,kasih dan sayang padamu...

Thursday, October 14, 2010

Motivasi kerja – minat atau duit?

Motivasi kerja akan timbul dengan lebih kuat, lebih lama apabila kita tahu SEBAB untuk kita bekerja.
Tanya diri Anda sendiri dengan soalan-soalan ini:
1. untuk apa bekerja?
2. untuk apa Anda bekerja dalam jawatan yang Anda pilih sekarang ini?
3. kenapa Anda pilih jawatan itu dan bukannya jawatan lain?

Apabila Anda dapati Anda bekerja untuk duit, Anda bekerja dalam jawatan sekarang ni sebab Anda nak banyak duit, Anda pilih jawatan tu sebab Anda rasa Anda boleh buat dengan cukup baik serta kerja tu sesuai ngan Anda, maka itulah faktor pencetus motivasi Anda – duit.
Ada orang tak serasi ngan kerja sekarang ni tapi dapat bertahan lama bertahun-tahun lamanya sebab satu – DUIT. Kerana duit, dia menempuh segala kesibukan, segala tekanan, segala permasalahan hanya untuk menerima gaji tetap di hujung bulan.
Kita perlu berterus terang dengan diri sendiri.
Andai kata kita rasa selesa menjadikan duit menjadi sumber motivasi kerja kita, maka pilihlah duit sebagai pencetus motivasi kerja kita dan pandanglah ia dari sudut positif supaya kita bersemangat sentisa.
Kapasiti kerja setiap orang berbeza-beza, begitu juga bakat, kerajinan dan kesanggupan. Kita perlu jujur pada diri sendiri, usah menipu-menipu atau menidakkan semata-mata didorong oleh ego kita.
Andai kata Anda minat kerja sekarang ni sebab minat dengan proses kerjanya, maka katakanlah begitu. Katakan saja minat adalah pencetus motivasi kerja Anda, bukan duit dari kerja tu. Maknanya, semakin banyak tugasan yang Anda buat, semakin minat Anda dengan kerja, duit bukan persoalannya.
Bila Anda dah semakin jujur pada diri sendiri, Anda akan perasan yang Anda akan jadi makin bersemangat dari sehari ke sehari.
Inilah yang dikatakan minat sebagai pencetus motivasi kerja. Walaupun duit penting, tapi duit tak mempengaruhi Anda.
Muhasabah diri Anda hari ini juga.
Mana satu yang lebih power sebagai pencetus motivasi Anda – minat..atau.. duit?
Kena jujur pada diri sendiri sebab bila Anda dah tahu faktor motivasi sebenar Anda, akan jadi makin bersemangat jadinya.

Thursday, September 30, 2010

DON'T CRY!!!!

Janji ! anda jangan menangis...
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah