Setiap yang bernyawa pasti akan mati...
Tanggal 19/10/2010 melakar satu catatan sejarah kerana abah yang dikasihi sudah kembali menemui Ilahi...
Setelah hampir 3 tahun lebih diberi ujian penyakit buah pinggang, Abah akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir di hospital Miri.
kalau menurut perasaan ini, mahu sahaja menangis setiap hari teringatkan abah. tapi, atas sandaran Iman, dan suntikan semangat aqidah, ditabahkan juga hati ini kerana semuanya sudah diatur Allah sedari Luh Mahfuz lagi..
Ya Allah..
ampunkanlah dosa abahku,
Lapangkanlah kuburnya,
masukkanlah abahku ke dalam syurgamu..


".. mereka tidak (menjadi) lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai orang-orang yang bersabar" (Al-Imran,146)
ReplyDeleteAllah swt lebih menyayangi ayahngah..Walaupun sudah tiada di dunia ini, tapi arwah tetap "memerhati" dari dunia lain, semoga Allah swt memberi kekuatan memimpin keluarga.