Janji ! anda jangan menangis...
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah
Thursday, September 30, 2010
Tuesday, September 21, 2010
Me & You.... Same but different????
Palestinian...
How many sacrifice have you done..
How many rewards will you have on the day after life...??
How about me..??
I am thinking about the moment during this morning..
After reciting ma'thurat, 1 of the AGM of HPA deliver a tazkirah.
he told about an interesting story!!
According to him, when he was in a function, the presenter of the programme told the audience about a story..
One day, there is small event between the students from palestine and malaysia.
Every each of them introduce theirselves. Every of the Palestinian introducing theirselves personally and in the same time mention that they are Al-Hafiz and Al-Hafizah..All of them remember every single worfs in Quran!!! Masya Allah..
Unfortunately, when Malaysian turn, only 1 of them mnetion that she remember Al-Quran but only 3 juzuk??? Oh my God!!
One of the palestinian stand up angrily, asking why only one person says she is hafizah? how about others?????

Sunday, September 19, 2010
KELIRU...
Aku keliru...
Setelah puas memikir, rasanya pilihan A ni OK.
Tapi setelah merenung untuk beberapa ketika berat timbangan pilihan memihak pada B..
C? Juga dilihat sangat munasabah setelah mengambil kira beberapa faktor luaran..
Aduh! buntunya aku... Inilah cabaran dalam membuat keputusaan dalam sesuatu perkara..
Boleh jadi keputusan ini baik bg aku?? Tp betulkah keputusan ini betul2 baik???
Bagaimana kalau Allah RabbulJalil mentakdirkan sebaliknya??? Adoi22...
Hmm...masa berjalan... Yang sudah berlalu terus berlalu..
kaputusan harus diambil juga!
Ya Allah, aku telah berusaha, semoga Engkau takdirkan hatiku ini lunak untuk memilih keputusan yang PALING BAIK!! Insya Allah...

TEKA-TEKI
Hari ini selepas selesai sarapan, terus berentap mnghantar adik ke setesyen bas. Tiba-tiba alat pengikat ukhuwwah kepunyaan adik yg mnjadi 1 keperluan masyarakat hari ini telh tertinggal di rumah!! Alamak, terus menekan pedal minyak serapat yang mungkin bg memungkinkan alat tersebut sempat diberi kepada adik sebelum bas berlepas.. namun, nmpaknya pemandu bas kali ini sangat tinggi wibawanya kerana bertolak seperti mana yang dirancang..
Jadual perjalanan yang telah dirancang terus di taati dengan meneruskan perjalanan ke lapangan terbang Bayan lepas bagi menghantar kakak yg akan berlepas ke Sabah..
Setelah selesai siap tugasan yang telah dirancang, perancangan peribadi untuk ke Insaniah diteruskan...
Dalam perjalanan hari ini, akal yang mnjadi nikmat anugerah yang Esa, mengerlipkan mentolnya seterusnya memaklumkan tuan badan sesuatu perkara yang menarik...TEKA-TEKI???
MAKIN DIGUNA MAKIN BERKURANG......
Senyuman yang lebar pasti terukir di bibir siapa sahaja yang membaca teka-teki menandakan betapa mudahnya dan begitu banyak jawapan yang boleh diberi untuk soalan ini...
Saya cuma ingin memberikan 2 jawapan yang mungkin munasabah dan relevan iaitu DUIT dan MINYAK PETROL....Hu2. Ada yang x setuju?? Perjalan seharian pada hari ini menyaksikan betapa dua ENTITI ini sangat menyusut dengan begitu dasyat sekali!! Inilah menjadi antara indikator manusia terus mencari rezeki bagi mengatasi penyusutan yang berlaku saban hari... Bekerja dan terus bekerja...
MAKIN DIBERI MAKIN BERTAMBAH.....
Macam pernah ku dengar.. tapi di mana ya?? Kualiti teka-teki menampakkan sedikit peningkatannya.. Huh! Setelah sedikit perahan dikenakan kepada benak pemikiran, akhirnya terpancullah beberapa jawapan dan jawapan yang saya ingin kongsikan ialah SEDEKAH dan ILMU...SEDEKAH sahaja mungkin tak menepati ciri-ciri teka-teki ini seandainya tak disertai dengan niat yang ikhlas..ILMU juga tidak ada nilaian pun meskipun dimasukkan kedalam bursa saham Kula Lumpur seandainya ILMU tersebut TIDAK BERMANFAAT.. Hanya ILMU YANG BERMANFAAT sahaja yang akan menepati syarat teka-teki di atas...Dengan ilmu yang diberi,dikongsi,dihayati dan diamalkan pasti akan memberi 'MULTIPLIER EFFECT' yang sangat hebat!!InsyaAllah.
[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Saturday, September 18, 2010
Sedetik ketenangan...
Alhamdullillah, dengan ruang yang diberi oleh Allah akhirnya dapat juga hujung jemari ini menekan papan kekunci untuk menghasilkan sebuah blog!
Setelah lama berangan untuk memiliki blog sendiri akhirnya terlakar juga!
'Sedetik ketenangan'...Setelah lelah menghambat benak ini untuk melahirkan zuriat bergelar idea, akhirnya tercetuslah dua bilah perkataan yang memberi definisi yang pelbagai apabila dibaca oleh pelbagai pembaca yang sudi memikirkan maksudnya.
bagi pereka asalnya dua ayat ini dia ingin berkongsi dengan semua pembaca bahawasanya, ketenangan itu adalah 1 nikmat dari Pencipta yang sukar dicari ganti. Dengan nikmat ketenanganlah manusia mampu berfikir secara waras, melaksanakan tugas dengan penuh hemah!
Dan sedetik pula ialah sesuatu itu ada jangka masa dan usia.. setiap jantung yang berdegup pasti akan terhenti meskipun tak disukai.. justeru hargailah setiap detik yang kita miliki..
Semoga dengan kelahiran blog ini melempiaskan sedikit ketenangan kepada para pembaca.. T.kasih..

Subscribe to:
Comments (Atom)