Alhamdullillah, dengan ruang yang diberi oleh Allah akhirnya dapat juga hujung jemari ini menekan papan kekunci untuk menghasilkan sebuah blog!
Setelah lama berangan untuk memiliki blog sendiri akhirnya terlakar juga!
'Sedetik ketenangan'...Setelah lelah menghambat benak ini untuk melahirkan zuriat bergelar idea, akhirnya tercetuslah dua bilah perkataan yang memberi definisi yang pelbagai apabila dibaca oleh pelbagai pembaca yang sudi memikirkan maksudnya.
bagi pereka asalnya dua ayat ini dia ingin berkongsi dengan semua pembaca bahawasanya, ketenangan itu adalah 1 nikmat dari Pencipta yang sukar dicari ganti. Dengan nikmat ketenanganlah manusia mampu berfikir secara waras, melaksanakan tugas dengan penuh hemah!
Dan sedetik pula ialah sesuatu itu ada jangka masa dan usia.. setiap jantung yang berdegup pasti akan terhenti meskipun tak disukai.. justeru hargailah setiap detik yang kita miliki..
Semoga dengan kelahiran blog ini melempiaskan sedikit ketenangan kepada para pembaca.. T.kasih..
No comments:
Post a Comment