Sunday, September 19, 2010

TEKA-TEKI

 

 Hari ini selepas selesai sarapan, terus berentap mnghantar adik ke setesyen bas. Tiba-tiba alat pengikat ukhuwwah kepunyaan adik yg mnjadi 1 keperluan masyarakat hari ini telh tertinggal di rumah!! Alamak, terus menekan pedal minyak serapat yang mungkin bg memungkinkan alat tersebut sempat diberi kepada adik  sebelum bas berlepas.. namun, nmpaknya pemandu bas kali ini sangat tinggi wibawanya kerana bertolak seperti mana yang dirancang..

Jadual perjalanan yang telah dirancang terus di taati dengan meneruskan perjalanan ke lapangan terbang Bayan lepas bagi menghantar kakak yg akan berlepas ke Sabah..
Setelah selesai siap tugasan yang telah dirancang, perancangan peribadi untuk ke Insaniah diteruskan...

Dalam perjalanan hari ini, akal yang mnjadi nikmat anugerah yang Esa, mengerlipkan mentolnya seterusnya memaklumkan tuan badan sesuatu perkara yang menarik...TEKA-TEKI???


MAKIN DIGUNA MAKIN BERKURANG......

Senyuman yang lebar pasti terukir di bibir siapa sahaja yang membaca teka-teki menandakan betapa mudahnya dan begitu banyak jawapan yang boleh diberi untuk soalan ini...
Saya cuma ingin memberikan 2 jawapan yang mungkin munasabah dan relevan iaitu DUIT dan MINYAK PETROL....Hu2. Ada yang x setuju?? Perjalan seharian pada hari ini menyaksikan betapa dua ENTITI ini sangat menyusut dengan begitu dasyat sekali!!  Inilah menjadi antara indikator manusia terus mencari rezeki bagi mengatasi penyusutan yang berlaku saban hari... Bekerja dan terus bekerja...


MAKIN DIBERI MAKIN BERTAMBAH.....

Macam pernah ku dengar.. tapi di mana ya?? Kualiti teka-teki menampakkan sedikit peningkatannya.. Huh! Setelah sedikit perahan dikenakan kepada benak pemikiran, akhirnya terpancullah beberapa jawapan dan jawapan yang saya ingin kongsikan ialah SEDEKAH  dan ILMU...SEDEKAH sahaja mungkin tak menepati ciri-ciri teka-teki ini seandainya tak disertai dengan niat yang ikhlas..ILMU juga tidak ada nilaian pun meskipun dimasukkan kedalam bursa saham Kula Lumpur seandainya ILMU tersebut TIDAK BERMANFAAT.. Hanya ILMU YANG BERMANFAAT sahaja yang akan menepati syarat teka-teki di atas...Dengan ilmu yang diberi,dikongsi,dihayati dan diamalkan pasti akan memberi 'MULTIPLIER EFFECT' yang sangat hebat!!InsyaAllah.

[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

No comments:

Post a Comment